Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bekas CEO ditahan kerana rasuah lepas kerjakan umrah
Diterbitkan:  Jan 8, 2017 8:27 PM
Dikemaskini: 12:44 PM

Seorang bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah agensi kerajaan ditangkap hari ini atas tuduhan rasuah selepas pulang dari mengerjakan umrah sehari sebelumnya.

Dipercayai kes itu ada kaitan dengan tangkapan terhadap ketua setiausaha (KSU) sebuah kementerian bersama dua anaknya selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas jutaan ringgit bersama jongkong emas baru-baru ini.

Difahamkan bekas CEO dan KSU itu berkhidmat di agensi kerajaan yang sama.

Suspek yang berumur 62 tahun dijangka didakwa esok kerana meminta rasuah lebih RM30,000, kata sumber yang rapat dengan siasatan itu.

Beliau ditangkap di rumahnya di Bukit Bandaraya, Shah Alam, kata sumber berkenaan.

Dia didakwa meminta rasuah untuk mempercepatkan pembayaran kepada kontraktor sebuah agensi pada 2015 dan menerima sogokan di Shah Alam.

Timbalan Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Datuk Azam Baki mengesahkan tangkapan itu.

Agensi itu dalam emelnya kepada media juga berkata seorang "Datuk", yang juga bekas CEO sebuah agensi kerajaan, akan didakwa di mahkamah Shah Alam esok.

Malaysiakini tidak mendedahkan identiti bekas CEO dan KSU kementerian itu sehingga mereka didakwa di mahkamah.

SPRM sebelum ini dilaporkan merampas lebih RM5 juta dalam bentuk wang tunai dan jongkong emas berikutan tangkapan seorang KSU sebuah kementerian.

Agensi itu juga merampas sebuah kenderaan Toyota Estima dan geran 10 hartanah di Lembah Klang yang didaftarkan atas nama KSU berkenan dan anggota keluarganya.

Lihat Komen
ADS