Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Harga minyak jatuh susulan Iran tambah eksport
Diterbitkan:  Jan 9, 2017 12:22 PM
Dikemaskini: 4:51 AM

GLOBAL l Harga minyak mentah global hari ini menyusut setelah Iran bertindak meningkatkan eksportnya, demikian menurut laporan Reuters.

Minyak mentah Brent yang menjadi penanda aras global, didagangkan pada harga AS$56.97 iaitu 13 peratus lebih rendah berbanding harga penutup sebelum ini.

Minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) pula diniagakan pada AS$53.79 setong setelah mengalami penurunan 20 sen.

Menurut laporan yang sama, tindakan tersebut telah menjejaskan segala usaha oleh pengeluar minyak yang lain untuk mengekang masalah bekalan bahan api global.

Iran menjual lebih 13 juta tong minyak dari kapal tangki di laut bagi mengambil kesempatan atas urusniaga pengurangan bekalan oleh OPEC yang menyebabkannya terkecuali dari mendapatkan semula bahagian pasarannya dan pembeli baru, menurut sumber industri dan data.

Paras harga minyak mentah global mempunyai kesan yang sangat beerti ke atas ekonomi Malaysia kerana selain menjadi tulang belakang ekonomi negara, kenaikan atau penurunannya atas mempunyai tempias ke atas harga barangan, prestasi ringgit dan bursa, antaranya.

Ekoran kenaikan harga minyak mentah global sebelum ini, harga runcit petrol RON95 dan diesel masing-masing dinaikkan sebanyak 20 sen seliter berkuat kuasa Januari yang lalu.

Ini menjadikan harga petrol RON95 berharga RM2.10 seliter dan diesel RM2.05 seliter.

Bagi petrol RON97, harga runcit akan naik sebanyak 15 sen kepada RM2.40.

Kerajaan sekarang ini menentukan harga bahan api melalui sistem apungan terurus.

Ia mengambil kira beberapa faktor, termasuk harga global minyak mentah dan kekuatan mata wang negara pada bulan sebelumnya.

Lihat Komen
ADS