Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
NGO ingatkan PM, atasi rasuah melalui teladan
Diterbitkan:  Jan 9, 2017 3:29 PM
Dikemaskini: 7:40 AM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak digesa menunjukkan kepimpinan melalui teladan sebelum mengingatkan penjawat awam supaya jangan mengambil hak milik rakyat.

"Mesej kami kepada Najib adalah buat apa yang kamu kata. Cara terbaik membendung rasuah dalam sektor awam adalah dengan kepimpinan melalui teladan," kata pengasas Pusat Memerangi Rasuah & Kronisme (C4), Cynthia Gabriel.

Beliau berkata Najib perlu memulangkan kembali RM42 juta yang masuk ke akaun bank peribadinya, yang didakwa daripada SRC International Sdn Bhd - bekas anak syarikat 1MDB.

"Pepatah Cina mengatakan ikan busuk bermula dari kepalanya. Adalah penting Najib menunjukkannya sekiranya dia mahu perkhidmatan awam dibersihkan," katanya dalam mesej teks kepada Malaysiakini.

Bercakap dalam perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya hari ini, Najib berkata kes-kes rasuah oleh penjawat awam boleh mengurangkan keyakinan orang ramai kepada kerajaan.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini menahan ketua setiausaha sebuah kementerian, dua anaknya dan bekas ketua pegawai eksekutif sebuah agensi kerajaan berkaitan kes rasuah, pengubahan wang haram dan salahguna kuasa.

Sementara itu, Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah berkata Najib perlu menjelaskan derma RM2.6 bilion dan RM42 juta yag ditemui dalam akuan peribadinya, serta apa yang dilakukan terhadap wang itu.

"Kenyataan beliau adalah ironi dan berpura-pura, memandangkan 1MDB masih belum diselesaikan..

"Najib perlu turun menjawab berbilion ringgit yang dijumpai dalam akaun peribadinya terlebih dahulu sebelum menasihati orang lain," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS