Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan pihak berkaitan bagi membincangkan tentang lokasi Himpuan Akta 355.

Menurutnya, buat masa ini, pihaknya masih menunggu surat balas daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menggunakan Dataran Merdeka.

"Kita akan jumpa dulu. Kita akan cuba dalam masa terdekat. Kita nak tunggu surat rasmi jawapan dia (DBKL) dan kita akan respon balas. Kita berhasrat nak jumpa semua pihak, polis, DBKL untuk bincang supaya himpunan ini kita berharap berjalan dengan tenang dan harmoni.

"Kalau boleh, nak (diadakan) di Dataran," katanya kepada pemberita selepas siri jelajah Himpunan Akta 355 peringkat Wilayah Persekutuan, malam tadi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas soalan pemberita berhubung saranan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang meminta agar PAS berhimpun di Stadium Titiwangsa.

Menurut Tengku Adnan, DBKL tidak mengamalkan sikap pilih kasih dalam melaksanakan larangan dan mencadangkan PAS menggunakan Stadium Titiwangsa seperti yang dilakukan semasa Himpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya.

Sementara itu, semasa berucap pada siri jelajah berkenaan, Tuan Ibrahim memberitahu bahawa himpunan berkenaan tidak akan memberi sebarang gangguan kepada orang ramai.

Malah, beliau turut memberikan contoh beberapa program yang pernah diadakan sebelum ini di Dataran Merdeka yang tidak memberi gangguan.

"Insha Allah kita akan bertemu dan bincang untuk cari jalan. Ada yang takut kita ganggu. Saya nak kata, waktu Le Tour De Langkawi dulu siap tutup jalan tapi tak ganggu pun.

"Kita harap dapatlah kebenaran di situ. Sekiranya tak boleh juga baru cari tempat lain," katanya lagi.

Lihat Komen
ADS