Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MP tolak pujian Zahid Hamidi mengenai China
Diterbitkan:  Jan 16, 2017 10:35 AM
Dikemaskini: 2:37 AM

Anggota Parlimen Padang Serai N Surendran menolak kekaguman Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai kaedah memerangi jenayah oleh China.

Menurut beliau, Ahmad Zahid perlu memilih model berkenaan yang lebih demokratik.

"China bukanlah satu contoh yang layak mendapat pujian untuk kita kagumi atau belajar.

"Ia adalah negara yang tidak menegakkan kedaulatan undang-undang dan memegang antara rekod hak asasi manusia yang paling teruk di dunia," kata beliau dalam kenyataan, hari ini.

"Nilai-nilai dan kaedah serta pendekatan China bertentangan dengan mana-mana demokrasi yang serius atau dihormati.

"Ia sebuah negara satu parti yang tidak mengamalkan demokrasi atau mengadakan pilihan raya," kata peguam hak asasi manusia terkemuka itu.

Surendran menegaskan pada tahun lepas sahaja, dunia menyaksikan 'contoh terang-terangan kepolisan China' apabila lebih 280 peguam hak asasi manusia, aktivis ditahan dan disoal siasat di seluruh China.

"Kebanyakan daripada mereka masih kekal dalam tahanan," kata ahli parlimen dari PKR itu lagi.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS