Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Dana pelabur asing RM382.8j diserap minggu lepas'
Diterbitkan:  Jan 16, 2017 11:21 AM
Dikemaskini: 3:23 AM

Sejumlah RM382.8 juta dana bersih pelabur asing berjaya diserap minggu lalu, tertinggi sejak minggu ketiga bulan September, menurut pasukan strategi MIDF Research.

Dalam aliran dana mingguannya hari ini, firma penyelidikan itu berkata, terbitan data ekonomi yang lebih kukuh sejak tahun baru menunjukkan ekonomi Malaysia kekal stabil.

Ia berkata, data tersebut termasuk eksport yang kian mengukuh dan pertumbuhan jualan runcit (9 peratus daru tahun ke tahun) dan pengeluaran perindustrian (6.2 peratus tahun ke tahun) untuk bulan November.

"Pelabur asing adalah penjual bersih marginal ketika pasaran dibuka pada hari Isnin dan Selasa," kata firma itu lagi, memetik The Edge Markets.

Lima hari yang lalu, Bank Dunia mengeluarkan kenyataan dengan jangkaan ekonomi Malaysia tumbuh sebanyak 4.3 peratus pada 2017 dan terus berkembang 4.5 peratus tahun depan.

Ini menandakan laluan pengembangan sederhana daripada pertumbuhan rendah 4.2 peratus yang dijangkakan pada 2016.

"Malaysia dijangka meningkat kepada 4.3 peratus pada 2017 apabila penyesuaian kepada harga tenaga rendah berjalan lancar dan harga komoditi stabil," kata bank itu.

Mengulas lanjut, MIDF Research berkata, yang penting ialah peningkatan kukuh dalam penyertaan asing.

Kata firma asing, purata asing nilai dagangan harian (ADTV) meningkat kepada RM848 juta, 40 peratus lebih tinggi berbanding minggu sebelumnya.

Para pelabur tempatan turut mengambil peluang untuk membeli asing untuk membersihkan kedudukan, jelas firma itu.

"Kami nampak pasaran runcit yang sedang aktif, dengan kadar penyertaan tertinggi sejak Ogos," tambahnya.

Lihat Komen
ADS