Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Ibu saman Putrajaya, mahu tindakan terhadap Singapura

Seorang ibu menyaman kerajaan persekutuan kerana memaksa mereka memulakan prosiding terhadap Singapura di Mahkamah Keadilan Antarabangsa berhubung keputusan republik itu menggantung anaknya, S Prabagaran, atas tuduhan mengedar dadah.

V Eswary, dalam permohonan untuk semakan kehakiman, juga memohon pengisytiharan bahawa kerajaan Malaysia wajib dari segi undang-undang melindungi hak Prabagaran mendapatkan perbicaraan adil serta hak untuk hidup dan bebas seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini.

Eswary diwakili N Surendran, Latheefa Koya dan Melissa Sasidaran.

Surendran berkata, semakan kehakiman itu merupakan pertama kali dialakukan.

Beliau berkata Malaysia mempunyai kewajipan terhadap rakyatnya di luar negara.

Prabagaran, 29, habis segala peluang untuk membuat rayuan berhubung hukuman mati yang dijatuhkan ke atasnya oleh mahkamah Singapura.

Baimanapun, masih terdapat beberapa ruang untuk menimbulkan keraguan terhadap keputusan bersalah itu berikutan keterangan tertentu yang terlepas semasa perbicaraan.

Dalam afidavit sokongan Eswary, beliau berkata anaknya didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Singapura di bawah Seksyen 7 Akta Penyalahgunaan Dadah (MDA) pada 22 Julai 2014 kerana didakwa mengedar 22.24 gram heroin.

Pada tahun berikutnya, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman itu.

Beliau kemudian ke Mahkamah Rayuan lagi untuk memfailkan semula rayuannya bagi mengetepikan hukuman mati tetapi ditolak pada 2 Disember tahun lalu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS