Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Stesen minyak Shell hadapi masalah teknikal
Diterbitkan:  Jan 16, 2017 2:22 PM
Dikemaskini: 6:25 AM

Shell sedang mengalami masalah teknikal melibatkan sistem di banyak stesen minyaknya, menyebabkan urus niaga bahan api itu tidak dapat dibuat.

Bagaimanapun, jurucakap pengurusan isu dan perhubungan awam syarikat itu Eevon Chung menafikan semua stesen minyaknya di seluruh negara ditutup.

“Sesetengah stesen sistem tergendala. Sebahagian lagi masih terima wang tunai.

“Tidak betul kata semua ditutup. Kita sedang menangani masalah ini,” katanya kepada Malaysiakini.

Shell telah mengesahkan masalah teknikal itu melalui kenyataan medianya sebelum ini, selainmemohon maaf serta memberitahu sedang menanganinya.

Sebelum ini beberapa akhbar Cina melaporkan stesen Shell di seluruh negara telah ditutup.

The Star pula melaporkan masalah itu berkaitan sistem kawalan berpusatnya yang menjejaskan operasi di 900 stesen.

Laporan itu menyebut hanya stesen yang memakai sistem lama tidak mengalami masalah untuk menjual minyak.

Bagaimanapun, tambahnya, tidak banyak lagi sistem yang masih menggunakan sistem sebegitu.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS