Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
HSR KL-S'pura hanya mula operasi 2026, kata SPAD

Projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) antara Malaysia dan Singapura hanya akan beroperasi pada 2026, tanpa mengira betapa cepat firma pembinaan China mampu menyiapkannya, kata Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar.

Ini kerana, jelas beliau, Malaysia dan Singapura telah bersetuju dengan tarikh berkenaan dan perkara aturan lain yang perlu dihormati.

Syed Hamid merasmikan Cube Pengalaman Landasan Keretapi Berkelajuan Tinggi China yang dianjurkan oleh China Railway Corporation dan disokong oleh kedutaan China di Kuala Lumpur hari ini.

Terdahulu, Duta China Huang Hui Kang memberitahu China Railway Corporation mampu menyiapkan projek HSR dalam tempoh lima tahun dan bukannya sepuluh.

"Lima tahun adalah cukup bagi China untuk membina kereta api berkelajuan tinggi dari Kuala Lumpur ke Singapura pada kerjasama berbagai pihak dari Malaysia dan Singapura. Sepuluh tahun (adalah) terlalu lama," kata Huang.

Beliau berkata, China Railway Corporation mempunyai banyak pengalaman selepas membina dan mengendalikan landasan kereta api kelajuan tinggi sepanjang 22,000 kilometer.

Pada sidang akhbar majlis itu, Pengerusi China Railway Antarabangsa Yang Zhongmin bagaimanapun menjelaskan Huang semata-mata merujuk kepada tempoh pembinaan di China.

"Dari bagaimana saya faham, Huang bercakap mengenai situasi landasan kereta api di China. Kami boleh bina sesuatu dalam skala atau skala yang lebih besar dalam tempoh lima tahun, dari tarikh keputusan kepada penyiapan projek," tambahnya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS