Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kapcai mungkin dilarang masuk KL, kata Tengku Adnan
Diterbitkan:  Jan 16, 2017 4:10 PM
Dikemaskini: 8:16 AM

Motosikal berkapasiti enjin kecil atau 'kapcai' mungkin dilarang memasuki Kuala Lumpur sebagai langkah mengurangkan kadar pelepasan karbon.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, pihaknya akan melaksanakan larangan itu sekiranya harga tambang pengangkutan awam berpatutan.

"Pada waktu siang, populasi (dalam bandar) meningkat kepada antara lima dan tujuh juta kerana pekerja berulang-alik ke tempat kerja.

"Kebanyakan bandar utama tidak membenarkan penggunaan motosikal 'kapcai'," katanya seperti dilapor portal mStar.

Adnan berkata demikian ketika majlis pelancaran kempen Kibar Bendera Wilayah Persekutuan, semalam.

Bagaimanapun Adnan berkata kajian masih dilakukan memandangkan mereka yang menggunakan motosikal terdiri daripada golongan berpendapatan rendah.

"Apabila tambang pengangkutan awam sedia ada lebih murah, kita akan kaji kemungkinan untuk tidak membenarkan motosikal 'kapcai' memasuki pusat bandar," katanya.

Beliau berkata motosikal jenis kapcai juga digunakan oleh peragut di ibu kota itu.

Mengenai pengharaman penggunaan beg plastik dan bekas polistirena, Tengku Adnan berkata kementerian itu merancang untuk bertindak sebagai pembekal produk mesra alam kepada para peniaga.

Katanya, langkah itu bertujuan untuk mengurangkan beban pengguna.

Lihat Komen
ADS