Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Najib adakan pertemuan tertutup dengan pemimpin Umno Kedah

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengadakan pertemuan tertutup dengan para pemimpin UMNO Kedah di TH Hotel & Convention Centre di Alor Setar.

Pertemuan itu, yang bermula pada 4.15 petang dan dijangka berakhir kira-kira dua jam kemudian, turut dihadiri Menteri Besar Kedah yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah yang juga Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid, Anggota-anggota Dewan Undangan Negeri dan Ketua-ketua UMNO Bahagian negeri.

Tiada kenyataan dikeluarkan berhubung pertemuan itu setakat ini.

Najib yang juga Presiden UMNO dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim pada 3.45 petang bagi mengadakan lawatan dua hari ke Kedah.

Malam ini, Najib dan Rosmah dijadual menghadiri Majlis Jamuan Negeri di Istana Anak Bukit di Alor Setar pada 8.30 malam.

Esok, perdana menteri dan isteri memulakan lawatan dengan bersarapan bersama-sama penduduk setempat di Medan Selera Alor Merah di Alor Setar pada 8.30 pagi.

Pada 10 pagi, mereka dijadualkan menghadiri majlis Komuniti Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pertama Kedah di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani.

Najib dan isteri kemudian akan ke Padang Awam Kuala Ketil bagi menghadiri program bersama rakyat kira-kira 2.30 petang sebelum pulang ke ibu negara.

- Bernama

Lihat Komen
ADS