Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dr M, selesai isu AMANAH terlebih dahulu - PAS
Diterbitkan:  Jan 17, 2017 8:42 AM
Dikemaskini: 12:45 AM

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mahu Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tun Dr Mahathir Mohamad menyelesaikan masalah kerusi dengan Parti Amanah Negara (AMANAH).

Ini kerana, kata beliau, AMANAH akan ‘membuat kacau’ dalam proses pemilihan dan pembahagian kerusi dan bukannya PAS.

“Mahathir sepatutnya kena selesai isu AMANAH (yang ingin bertanding merebut kerusi pembangkang lain).

“Yang kita jangka yang akan mengganggu (dalam pemilihan kerusi) nanti bukannya PAS, tetapi daripada AMANAH sendiri,” katanya, memetik laporan Sinar Harian.

Sebelum ini, Mahathir dilaporkan berkata, parti pembangkang lain yang meletakkan calonnya sendiri dengan alasan untuk melawan BN dalam pilihan raya adalah parti yang mengkhianati rakyat.

Mahathir berkata demikian ketika mengulas cabaran perlawanan tiga penjuru yang mungkin terjadi pada PRU14 nanti.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, semua pihak supaya menghormati PAS sebagai rakan pembangkang.

“Kami tetap di pihak pembangkang, maka PAS perlu dihormati sebagai rakan pembangkang.

“AMANAH pula mahu bertanding di semua kerusi yang ditandingi PAS, jadi, pengkhianat bukan dari PAS,” katanya lagi.

Lihat Komen
ADS