Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mahkamah batal pengambilan tanah k’jaan Selangor bagi bina masjid

Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan keputusan pejabat tanah dan galian pejabat dan pihak berkuasa agama Selangor untuk mengambil-alih secara paksa tanah seluas 26 ekar di mukim Bestari Jaya di Kuala Selangor, yang dimiliki oleh sebuah syarikat swasta untuk membina sebuah masjid.

Keputusan sebulat suara itu dibuat oleh panel tiga hakim yang diketuai Datuk Abang Iskandar Abang Hashim, yang berkata mereka bersetuju dengan hujah peguam bela yang mewakili syarikat United Allied Empire, bahawa Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi telah terkhilaf dalam keputusannya.

Hakim lain yang bersidang sama adalah Datuk Zamani A Rahim dan Datuk Zaharah Yusof.

Syarikat itu memfailkan semakan kehakiman dan menamakan pengarah pejabat tanah dan galian, pejabat daerah Kuala Selangor, jabatan agama Islam Selangor, majlis agama Islam Selangor, lembaga zakat dan kerajaan negeri sebagai responden.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS