Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said mengingatkan penjawat awam supaya lebih berhati-hati mengenai apa yang mereka muat-naikkan di media sosial.

Ini selepas gambarnya yang kelihatan seperti di sebuah kasino di Las Vegas, yang dimuat-naikkan di akaun Instagram peribadinya menjadi tular dan menarik kritikan daripada warga maya.

“Saya pergi Las Vegas, tahulah tuan-tuan, Las Vegas ini banyak mesin judian...

“Saya pun ambil gambar dengan penuh semangat. Orang kata masuk tempat judi.

“Takkan saya nak judi saya ambil gambar saya? Bodohlah tu,” katanya pada perhimpunan bulanan Jabatan Hal Ehwal Undang-undang di Putrajaya hari ini.

Azalina mengingatkan penjawat awam bahawa mereka tidak seharusnya berfikir bahawa mereka bebas daripada pantauan walaupun meletakkan profil di media sosial sebagai peribadi kerana orang ramai masih boleh merakamkan ‘screenshot posting’ mereka.

Itulah apa yang berlaku kepada gambarnya di Las Vegas yang dimuatkan di Instagram, kata menteri di jabatan perdana menteri itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS