Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Lelaki Ipoh tinggal 4 tahun di pusat beli belah S'pura
Diterbitkan:  Jan 17, 2017 4:07 PM
Dikemaskini: 8:13 AM

Seorang lelaki dari Ipoh tinggal di pusat membeli belah di Jurong Point, Singapura sejak empat tahun lalu, lapor Lianhe Wanbao.

Akhbar Singapura berbahasa Cina itu melaporkan Chen Jinfu, yang bekerja di sebuah kilang elektronik, tinggal di laluan pejalan kaki dan tangga pusat membeli-belah itu.

Chen berkata dia menyukai pendingin hawa, internet, elektrik dan air percuma, berbanding bilik kecil yang disewa dengan harga SG$ 250 (RM783.97) sebulan.

Pusat membeli-belah itu mempunyai sebuah pasaraya 24 jam.

Chen dikesan sedang menonton menerusi peranti tablet miliknya sambil minum susu kacang soya dan makan roti, lapor Lianhe Wanbao.

Chen berkata, dia telah bekerja di Singapura lebih satu dekad dan mendapat lebih SG$ 1,000 (RM3,136.92) sebulan.

Katanya, dia kerap singgah di Johor untuk membeli barang keperluan harian dan ke Ipoh sekali setahun untuk menyambut Tahun Baru Cina.

Pusat beli belah Jurong Point memberitahu The Straits Times bahawa Chen adalah dialu-alukan selagi dia menggunakan kemudahan "dalam cara yang sesuai tanpa menimbulkan apa-apa kacau ganggu atau ancaman kepada keselamatan pusat membeli-belah itu".

 

Lihat Komen
ADS