Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Mahkamah NZ dengar bantahan keluarga Jho Low Jumaat ini
Diterbitkan:  Jan 18, 2017 10:42 AM
Dikemaskini: 2:47 AM

Keluarga ahli perniagaan kontroversi Malaysia, Jho Low akan membantah penyitaan aset bernilai NZ$230 juta, di Mahkamah Tinggi di Auckland, New Zealand, pada pagi Jumaat ini.

Ini berkenaan dengan penyitaan aset oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat.

Mereka mendakwa memiliki secara langsung aset yang terbabit dalam siasatan berkaitan 1MDB, laporkan NZ Herald hari ini.

Dalam saman sivil yang difailkan oleh DOJ tahun lepas, ia mendakwa aset-aset itu telah dibeli dengan wang yang didakwa dicuri daripada 1MDB.

Low adalah salah seorang daripada tiga individu yang dinamakan dalam saman itu yang didakwa telah menerima hasil daripada dakwaan penyelewengan dana itu, walaupun dia telah menafikan sebarang salahlaku.

NZ Herald berkata kaitan New Zealand dengan saman DOJ itu hanya timbul beberapa minggu lalu apabila keluarga Low mengadu di mahkamah Amerika bahawa pemegang amanah tidak mencabar perintah penyitaan.

"Pemfailan dari peguam mereka berkata mereka ingin meminta Mahkamah Tinggi New Zealand untuk melantik seseorang yang bersedia untuk berhadapan dengan DOJ.

"Pemfailan AS berkata beberapa pemegang amanah sekarang bimbang kegagalan untuk membantah penggantian mereka akan meningkatkan kemungkinan mereka berdepan dengan undang-undang jenayah AS berhubung pengubahan wang haram," ia dilaporkan hari ini.

Sementara itu, pemfailan keluarga Loh di New Zealand, yang akan didengar Jumaat ini, mendakwa bahawa beberapa pemegang amanah di New Zealand adalah pemilik langsung aset berkenaan termasuk jet peribadi Bombardier, sebuah hotel di Beverly Hills dan sebuah kediaman mewah bernilai NZ$55 juta di Los Angeles.

[Baca berita penuh]
 

Lihat Komen
ADS