Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
K'jaan perlu bantu kes Prabagaran, kata Anwar
Diterbitkan:  Jan 18, 2017 4:32 PM
Dikemaskini: 8:34 AM

Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar, Ibrahim, menggesa Kementerian Luar untuk membantu dalam kes S Prabagaran, yang berdepan dengan hukuman gantung di Singapura kerana mengedar dadah.

Lazimnya, Anwar berkata, beliau tidak akan mengulas mengenai tuduhan pengedaran dadah, tetapi katanya, dalam kes ini adalah wajar, ia dibawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang terletak di The Hague, Belanda.

Ini kerana kata bekas ketua pembangkang itu, Prabagaran dinafikan perbicaraan yang adil.

"Ada dakwaan saksi utama tidak dipanggil dan ini menafikan peluang pembelaan untuk membentangkan kesnya.

“Justeru, adalah wajar untuk menteri luar dan perdana menteri untuk membawa kes itu ke ICJ,” katanya.

Ibu Prabagaran, V Eswary pada 16 Januari lalu memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi memaksa kerajaan Malaysia memulakan prosiding terhadap Singapura di Mahkamah Keadilan Antarabangsa.

Dalam permohonannya, beliau berkata kerajaan Malaysia wajib dari segi undang-undang melindungi hak Prabagaran bagi mendapatkan perbicaraan adil serta hak untuk hidup dan bebas seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Prabagaran, 29, habis segala peluang untuk membuat rayuan berhubung hukuman mati yang dijatuhkan ke atasnya oleh mahkamah Singapura.

Baimanapun, masih terdapat beberapa ruang untuk menimbulkan keraguan terhadap keputusan bersalah itu berikutan keterangan tertentu yang terlepas semasa perbicaraan.

Dalam afidavit sokongan Eswary, beliau berkata anaknya didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Singapura di bawah Seksyen 7 Akta Penyalahgunaan Dadah (MDA) pada 22 Julai 2014 kerana didakwa mengedar 22.24 gram heroin.

Pada tahun berikutnya, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman itu.

Beliau kemudian ke Mahkamah Rayuan lagi untuk memfailkan semula rayuannya bagi mengetepikan hukuman mati tetapi ditolak pada 2 Disember tahun lalu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS