Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Dana OSF: Polis soal siasat bekas bendahari BERSIH

Polis hari ini mengambil keterangan daripada bekas bendahari BERSIH, Masjaliza Hamzah berhubung dana yang diterima oleh kumpulan reformasi pilihan raya berkenaan daripada Open Society Foundations (OSF), yang dikaitkan dengan jutawan Amerika Syarikat, George Soros.

Kenyataan beliau itu dirakamkan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di Kuala Lumpur pada jam 3 petang hari ini.

Tampil sebagai saksi, beliau kemudian memberitahu pemberita bahawa soalan yang dikemukakan adalah berkaitan dengan BERSIH, akaunnya dan dakwaan hubungan dengan Soros dan OSF.

Masjaliza, bagaimanapun, berkata beliau tidak menjawab sebarang soalan yang dikemukakan kepadanya.

"Saya rasa bahawa ini adalah suatu pembaziran sumber, terutamanya kepada Bukit Aman.

"Ia satu bentuk gangguan kepada NGO, terutamanya BERSIH - sebuah NGO secara terang yang berjuang untuk pilihan raya bebas dan adil.

“Ini adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku," katanya.

Selain Masjaliza, beberapa pemimpin NGO sebelum ini juga dipanggil untuk disoal siasat berhubung dana OSF.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS