Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Pelihara hutan bukan jenayah, kata PEKA
Diterbitkan:  Jan 18, 2017 6:38 PM
Dikemaskini: 10:49 AM

NGO Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA) hari ini menegaskan bahawa usaha untuk memelihara hutan dilakukan untuk kepentingan negara dan bukan satu jenayah.

"Apa sahaja yang kita lakukan bukan satu penjenayah tetapi hanya untuk negara dan generasi akan datang," kata Presiden PEKA, Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil dalam satu sidang akhbar di kuala Lumpur, hari ini.

Merujuk kepada penahanannya oleh pihak polis Johor pada Disember tahun lalus, beliau berkata ini hanya membuktikan bahawa perjuangannya memelihara alam sekitar hanya akan menjadi lebih getir.

"Pembantu peribadi saya Yatie (Norhayati Shahrom) dan saya ditangkap, digari dan dihumban ke dalam lokap hanya kerana mendedahkan hutan simpan kekal yang terakhir di Mersing, Johor telah digondol," katanya.

Shariffa berkata mereka yang cuba untuk memperbaiki keadaan hal ehwal di negara ini dilihat sebagai musuh, manakala negara lain bertungkus lumus cuba untuk mengurangkan pelepasan karbon.

Dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran mengenai alam sekitar, beliau, hari ini melancarkan projek "Larian Selamatkan Hutan Kami" yang akan diadakan pada 25 Mac di Pulau Pinang.

Katanya, NGO itu berharap mampu mendapatkan penyertaan sekurang-kurangnya 1,000 orang di seluruh negara yang berusia 16 tahun dan ke atas.

Shariffa juga menggalakkan orang ramai untuk menyediakan penajaan supaya lebih banyak aktiviti pemuliharaan alam sekitar dan aktiviti boleh diadakan kerana pertubuhan itu tidak menerima sebarang pembiayaan kerajaan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS