Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hospital Sultan Ismail bergelap
Diterbitkan:  Jan 19, 2017 10:56 AM
Dikemaskini: 4:10 AM

Bekalan elektrik di Hospital Sultan Ismail di Johor Bahru terputus pagi ini sehingga menjejaskan operasi hospital berkenaan.

Ketika dihubungi, seorang kakitangan hospital mengesahkan perkara itu tetapi enggan mengulas lanjut, sebaliknya menyalahkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) berikutan kejadian itu.

"Untuk maklumat lanjut sila hubungi TNB, kerana ini semua adalah salah TNB," katanya kepada Malaysiakini pada kira-kira 9.45 pagi.

Kakitangan itu berkata mereka telah diarahkan untuk tidak memberikan maklumat lanjut kepada orang ramai.

Setakat ini masih tidak jelas sejauh mana gangguan bekalan elektrik di hospital berkenaan.

Menurut TNB Careline, kerja-kerja pemulihan telah dilakukan sejak 9.00 pagi di sub-stesen TNB di Majidee, Tebrau dan Taman Mount Austin.

"Jika hospital ini terletak di dalam kawasan-kawasan tersebut, maka ia mungkin menjadi punca masalah ini," kata seorang operator TNB.

[Berita penuh menyusul]

Lihat Komen
ADS