Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Kembali kepada semangat perlembagaan’
Diterbitkan:  Jan 19, 2017 12:02 PM
Dikemaskini: 4:05 AM

Semua pihak yang berbalah hari ini perlu mematuhi prinsip asas Perlembagaan Persekutuan sebagai jalan keluar terbaik demi mengekalkan keharmonian antara institusi istana dan rakyat.

Ketika membuat gesaan itu, Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Salahuddin Ayub merujuk kepada prinsip bahawa tiada ada sesiapa yang mengatasi undang-undang.

“Sama ada ia melibatkan institusi istana yang diwakili oleh Raja-Raja Melayu atau golongan rakyat biasa yang diwakili oleh pimpinan politik yang dipilih melalui proses demokrasi berparlimen, semuanya harus menjaga kaki mereka supaya jangan terbabas masuk ke dalam garisan pemisah yang telah digariskan oleh perlembagaan negara.

“Parti Amanah Negara (AMANAH) berharap supaya setiap pihak yang sedang bertelagah hari ini supaya kembali menghayati apa yang telah termaktub dalam Perlembagaan dan sumpah jawatan sebagai jalan keluar yang sebaiknya demi memelihara suasana harmoni di antara institusi raja dan rakyat di negara ini.

“Meja perundingan masih terbentang luas untuk kedua-dua pihak menoktah perbalahan," kata Salahuddin, yang tidak menyebut sebarang nama.

Gesaannya bagaimanapun dipercayai merujuk kepada teguran yang dibuat oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed berhubung dakwaan penguasaan China dalam projek Forest City.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS