Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Exco: Tiada niat arah cara guna duit beg plastik
Diterbitkan:  Jan 19, 2017 6:04 PM
Dikemaskini: 10:09 AM

Kerajaan negeri Selangor tidak niat mengeluarkan arahan untuk menetapkan bagaimana peruncit yang mengenakan bayaran 20 sen bagi setiap beg plastik sempena ‘kempen tanpa beg plastik’ membelanjakan wang berkenaan, kata exco Selangor, Elizabeth Wong.

"Saya tidak fikir kerajaan negeri mahu mengutip wang itu. Kami bukan RoS (Pendaftar Pertubuhan). Kami tidak mahu mengarahkan mereka.

"Kami minta mereka lakukan perakaunan sendiri, pilih program tanggungjawab sosial korporat (CSR) sendiri," katanya kepada pemberita selepas menghadiri satu majlis di Subang Skypark Airport, hari ini.

Beliau berkata peruncit telah mengumpul bayaran 20 sen bagi setiap beg plastik seminggu sekali sejak 2010 dan mempunyai program CSR pilihan sendiri.

Apabila dimaklumkan bahawa negara lain dan Pulau Pinang yang menjalankan kempen yang sama, telah mengumpul wang dan menyalurkannya kepada program CSR tertentu, Wong menjawab: "(Itu tidak) bermakna kita harus ikut Pulau Pinang."

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS