Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Ketika perdebatan sama ada motosikal berkuasa kecil atau sering dirujuk sebagai ‘kapcai’ perlu diharamkan daripada memasuki pusat bandar Kuala Lumpur, seorang ahli parlimen DAP memutuskan untuk memberikan petrol percuma kepada 1,000 penunggang motosikal.

Bercakap kepada Malaysiakini, Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata acara itu akan diadakan esok antara jam 4 hingga 6 petang di stesen Petron di Segambut Luar.

"Ia terhad kepada motosikal dengan kapasiti enjin 150cc dan ke bawah. Peruntukan adalah RM5 petrol bagi setiap motosikal," katanya kepada Malaysiakini.

Lim menjelaskan bahawa pada tahun-tahun sebelumnya, beliau mengadakan rumah terbuka Tahun Baru Cina di kawasannya di mana penduduk juga akan diberi hamper.

"Tahun ini, saya merancang melakukan sesuatu berbeza. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk menyediakan petrol percuma," katanya.

Lim berkata, tindakannya itu adalah untuk membuktikan kepada penunggang motosikal bahawa pembangkang tidak seperti "menteri-menteri dan pegawai kanan kerajaan yang duduk dalam kereta besar dan tidak mempedulikan penunggang motosikal".

Beliau mengulas kenytaaan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, yang pertama kali membangkitkan cadangan supaya motosikal kapcai diharamkan dari pusat bandar.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS