Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PKR S'wak bincang PRK Tanjung Datu minggu depan
Diterbitkan:  Jan 20, 2017 6:25 AM
Dikemaskini: 10:32 PM

PKR Sarawak akan mengadakan mesyuarat minggu depan untuk membincangkan kedudukannya dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Tanjung Datu yang ditetapkan pada 18 Februari depan.

Dalam kenyataan ringkas semalam, pengerusi PKR Sarawak Baru Bian berkata satu kenyataan akan dikeluarkan selepas rundingan dijalankan bersama pemimpin tempatan dan persetujuan dicapai.

Pilihan raya kecil kerusi DUN Tanjung Datu diadakan berikutan kematian penyandangnya yang juga Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem pada 11 Januari akibat komplikasi jantung, di Pusat Jantung Sarawak di Kota Samarahan.

Dalam pilihan raya negeri Sarawak ke-11 pada Mei tahun lepas, Adenan, 72, memperoleh 6,360 undi mengalahkan calon PKR, Jazolkipli Numan yang hanya meraih 468 undi, dengan majoriti 5,892 undi.

- Bernama

Lihat Komen
ADS