Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
PAS rasmi dapat 'lampu merah' dari DBKL
Diterbitkan:  Jan 20, 2017 11:47 AM
Dikemaskini: 3:51 AM

PAS akhirnya menerima surat rasmi daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang tidak membenarkan parti itu mengadakan Himpunan RUU355 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengakui perkara itu dalam kenyataannya hari ini.

“Dalam penolakannya, DBKL langsung tidak memberikan sebarang hujah mengapa permohonan kami ditolak,” kata Tuan Ibrahim.

Pemimpin kanan parti itu bagaimanapun berkata akan merayu terhadap keputusan itu selain memberi jaminan ia akan berlangsung aman, “tertib dan tenang”.

“Untuk makluman pihak DBKL, kami akan menyediakan 2,000 petugas dan sukarelawan bagi memastikan himpunan ini berjalan dengan penuh tertib sebagaimana yang dirancang,” katanya.

Tuan Ibrahim berkata, himpunan itu perlu diadakan di Dataran Merdeka kerana ia “himpunan sejarah” ”berpaksi kepada sikap hormat menghormati antara kaum dan agama bagi mengamalkan tuntutan agama setiap penganutnya.

PAS menganjurkan himpunan itu bagi menyatakan sokongan terhadap usaha presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menambah hukuman maksimum bagi kes-kes di Mahkamah Syariah.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Mhd Amin Nordin Abdul Aziz sebelum ini menyarankan PAS berhimpun di Stadium Titiwangsa.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan maklumat lanjut DBKL berkaitan perkembangan ini.

Lihat Komen
ADS