Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Datuk' ketuai GLC direman 6 hari
Diterbitkan:  Jan 20, 2017 12:09 PM
Dikemaskini: 4:22 AM

Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini memberikan perintah remah enam hari terhadap pemangku ketua pegawai eksekutif (CEO) dan pengurus jualan sebuah syarikat berkaitan kerajaan.

Kedua-dua mereka dibawa ke hadapan majistret oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Majistret Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman memberikan perintah reman kepada CEO bergelar Datuk itu sehingga 25 Januari ini.

Datuk itu ditahan di rumahnya di Tropicana Indah, Petaling Jaya manakala pengurus jualan itu pula ditangkap di Jalan Kelang Lama, Kuala Lumpur.

Mereka ditahan dalam Ops Guinea kerana disyaki terlibat dalam amalan rasuah dan salah guna kuasa berkaitan projek pasport elektronik di Afrika.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS