Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, semasa majlis dialog perdana Transformasi Nasional 2050 (TN50) menggariskan perbezaan di antara seorang ahli politik dan negarawan.

Memetik seorang pujangga, perdana menteri berkata seorang ahli politik hanya memikirkan tentang pilihan raya umum akan datang manakala seorang negarawan memikirkan nasib generasi akan datang.

Dan Najib tanpa berselindung, menyatakan apa gambaran terbaik bagi dirinya.

“Kalau boleh, pilihan raya pun saya nak menang jugak, tapi di samping itu nak sediakan generasi seterusnya.

“Maka sesuailah wacana disediakan dengan orang muda. Dewan ini penuh dengan orang muda, dan yg fikir dia muda,” katanya pada ajlis yang dihadiri 1,000 generasi muda, di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS