Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bukan rasis jika tak mahu Kit Siang jadi TPM, kata menteri
Diterbitkan:  Jan 20, 2017 3:21 PM
Dikemaskini: 7:25 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan menafikan kenyataannya terhadap veteran DAP Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng sebagai calon timbalan perdana menteri jelas merujuk kepada perkauman.

"Sekadar aspek kepimpinan dan pemikiran mereka yang menjadikan kedua-duanya pilihan yang tidak baik (untuk jawatan berkenaan)," katanya menerusi Twitter yang dihantar petang ini.

Ia selepas para pengguna Twitter menuduh pengarah komunikasi strategik BN itu sebagai rasis berhubung kritikan beliau terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad yang kononnya mahu memberikan jawatan nombor dua itu kepada Kit Siang.

"Mahathir bersedia menjadikan Kit Siang selaku timbalan perdana menteri demi kuasa. Apakah jenis kegilaan ini," tulis beliau.

Terdahulu, beliau menulis Mahathir mendakwa kebanjiran warga China di Johor boleh mengubah lanskap politik Malaysia tetapi bekas perdana menteri itu tidak sedar dengan melantik pemimpin DAP sebagai timbalan perdana menteri juga akan mengubah landskap politik negara ini.

Menjawab kepada pengguna tweeter yang menuduh Abdul Rahman sebagai rasis dengan mengeluarkan jawapan standard mengapa 'Cina tidak boleh jadi timbalan perdana menteri", beliau menegaskan kenyataan itu merujuk kepada DAP dan bukannya masyarakat Cina.

"Saya secara terang-terangan tidak mahu (timbalan presiden PKR) Azmin Ali atau (de facto ketua pembangkang) Anwar Ibrahim untuk jadi PM. Sekarang, apakah itu menjadikan saya anti-Melayu?

"Saya juga tidak mahu (presiden PKR, Dr) Wan Azizah (Wan Ismail) menjadi PM. Apakah itu bermakna saya anti-wanita dan mengamalkan berat sebelah soal jantina?" tanya beliau.

Sebaliknya, tegas beliau, Mahathir lah yang membuat kenyataan yang penuh dengan perkauman.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS