Paling Popular
Terkini

Presiden Donald Trump mengarahkan agensi-agensi kerajaan semalam untuk membekukan peraturan dan mengambil langkah-langkah berkaitan Obamacare - menggunakan detik-detik awal beliau di Rumah Putih untuk menunaikan janji semasa kempennya untuk mula merombak undang-undang penjagaan kesihatan pendahulunya.

Sejurus selepas selesai majlis angkat sumpah, Trump menandatangani perintah mengenai Akta Penjagaan Mampu yang menggesa jabatan kerajaan untuk "mengetepikan, menunda, memberikan pengecualian daripada, atau melambatkan pelaksanaan" peruntukan yang menggenakan beban fiskal kepada negeri-negeri, syarikat atau individu.

Ia juga menggesa usaha untuk memberikan negeri lebih fleksibiliti dalam melaksanakan program penjagaan kesihatan semasa membangunkan "pasaran bebas dan terbuka dalam perdagangan antara negeri bagi penawaran perkhidmatan penjagaan kesihatan dan insurans kesihatan".

Pakar-pakar kesihatan telah membuat spekulasi bahawa Trump dapat memperluaskan pengecualian daripada mandat individu, yang memerlukan rakyat Amerika mempunyai insurans atau berdepan dengan hukuman, atau keperluan bahawa majikan menawarkan perlindungan.

Mereka juga percaya pihak pentadbiran boleh cuba untuk mengurangkan "faedah penting," seperti perkhidmatan penjagaan ketika bersalin dan kesihatan mental, yang mesti dilindungi oleh pelan insurans.

White House tidak memberi butiran lanjut mengenai perintah eksekutif itu.

Jurucakap Trump, Sean Spicer kata Rumah Putih juga mengarahkan pembekuan kawal selia serta-merta kepada semua agensi kerajaan dalam memo dari Ketua Kakitangan Trump, Reince Priebus. Dia tidak beri butiran terperinci.

Memansuh dan menggantikan Akta Penjagaan Mampu, salah satu undang-undang dari bekas Presiden Barack Obama, adalah janji utama Trump semasa kempen pilihan raya presiden. Wakil Republikan di Kongres Amerika Syarikat belum lagi membentangkan rancangan untuk menyusun semula program insurans itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS