Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Strategi perdagangan Trump bermula dengan keluar TPPA
Diterbitkan:  Jan 21, 2017 12:48 PM
Dikemaskini: 4:53 AM

Pentadbiran baru Presiden Donald Trump berkata semalam bahawa strategi perdagangannya untuk melindungi pekerjaan rakyat Amerika akan bermula dengan menarik daripada perjanjian perdagangan 12 negara Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Satu kenyataan White House yang dikeluarkan sejurus selepas Trump mengangkat sumpah, berkata Amerika juga akan "memerangi negara-negara yang melanggar perjanjian perdagangan dan dalam proses itu memudaratkan pekerja Amerika".

Menurut kenyataan itu, Trump komited untuk rundingan semula satu lagi perjanjian perdagangan, Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (Nafta), yang telah ditandatangani pada tahun 1994 oleh Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.

"Untuk sekian lama, rakyat Amerika telah dipaksa untuk menerima tawaran perdagangan yang meletakkan kepentingan orang dalaman dan elit Washington mengatasi mereka yang bekerja keras di negara ini," katanya.

Akibatnya, tegasnya, bandar dan bandaraya kolar biru telah menyaksikan kilang-kilang mereka ditutup dan pekerjaan yang menawarkan gaji yang baik berpindah ke luar negara.

Menurutnya, "perjanjian yang sukar dan adil" mengenai perdagangan boleh digunakan untuk mengembangkan ekonomi AS dan mengembalikan jutaan pekerjaan ke Amerika.

"Strategi ini bermula dengan menarik balik dari Perkongsian Trans-Pasifik dan memastikan apa-apa tawaran perdagangan baru adalah untuk  kepentingan pekerja Amerika."

Jika rakan-rakan Nafta enggan memberi tawaran yang adil kepada pekerja Amerika dalam perjanjian yang dirundingkan semula, "Presiden akan memberi notis hasrat Amerika Syarikat untuk menarik diri daripada Nafta," kata kenyataan itu.

TPPA yang ditandatangani Amerika tetapi belum disahkan, telah menjadi tunggak utama ekonomi pentadbiran Obama bagi rantau Asia Pasifik dalam berdepan dengan kebangkitan kuasa China. [Baca berita penuh]

- Reuters

Lihat Komen
ADS