Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Dua maut dengan seorang daripadanya rentung dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di Km202.2 Lebuhraya Utara-Selatan selepas Hentian Rehat dan Rawat Gunung Semanggol, dekat Bukit Merah malam tadi.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Perak DSP Mohd Mahiri Hussin berkata kemalangan berlaku 8.35 malam apabila sebuah treler dalam perjalanan ke utara terbabas dan merempuh pembahagi jalan.

"Treler itu kemudian bertembung dengan kereta jenis Proton Persona dan Perodua Myvi dari arah bertentangan," katanya dalam kenyataan, di Ipoh hari ini.

Katanya rempuhan treler menyebabkan kedua-dua pemandu Proton Persona dan Perodua Myvi maut di tempat kejadian, manakala pemandu treler selamat.

"Pemandu Proton Persona itu dikenali sebagai Mok Wai Kit dari Bukit Mertajam, manakala identiti pemandu Myvi yang rentung selepas keretanya terbakar akibat rempuhan treler, masih belum dikenal pasti," katanya.

Kes disiasat menurut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

- Bernama

Lihat Komen
ADS