Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Tiga rentung lepas rumah dibakar lelaki mengamuk

Tiga orang rentung selepas sebuah rumah yang didiami 10 sekeluarga di Kampung Tumu Batu 10, Jalan Matang dekat Kuching dibakar seorang lelaki yang mengamuk.

Sebelum itu, lelaki berkenaan bertindak menetak Mohd Joe Abdullah, 23, di bahagian leher dan pinggangnya sehingga maut.

Menurut isteri Mohd Joe, Sofia Asan, 17, lelaki itu bertindak membakar rumah itu selepas menetak suaminya.

Katanya dua lagi yang rentung dikenali sebagai Noraini, 62, dan Daud,64.

"Saya mendukung anak bersama-sama ibu sempat menyelamatkan diri dengan keluar melalui pintu belakang rumah.

"Bagaimanapun nenek (Noraini) yang sakit dan datuk (Daud) yang buta tidak dapat menyelamatkan diri dan ditemui terbakar," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian. -Bernama

Lihat Komen
ADS