Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
M'sia negara ekstrem jika MCA tiada sokongan
Diterbitkan:  Jan 24, 2017 10:27 AM
Dikemaskini: 2:30 AM

Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai bimbang negara ini akan bergerak ke arah ekstremisme jika masyarakat Cina tidak kembali menyokong BN pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Dalam temu bual eksklusif dengan Sin Chew Daily, Liow berkata, kedudukan pengundian orang Cina pada PRU ke-14 nanti lebih dibimbanginya berbanding prestasi MCA dalam PRU yang perlu diadakan selewat-lewatnya 2018 ini.

MCA hanya memenangi tujuh daripada 37 kerusi parlimen ditandinginya, selain 11 berbanding 90 kerusi DUN pada PRU ke-13 lalu.

Kata Liow, Umno dan PAS mungkin bekerjasama dan negara ini akan berakhir dengan amalan politik perkauman.

Justeru, katanya, MCA perlukan sokongan politik lebih kuat sebagai kuasa tawar-menawar dengan Umno dalam keadaan semasa.

"Kami mempunyai kuasa sangat kecil untuk tawar-menawar dengan Umno dan ia sukar," katanya.

Menurut menteri pengangkutan itu, masyarakat Cina di negara ini perlu memahami situasi dan ekosistem politik Malaysia.

Katanya, Umno tidak akan menerima kekalahan dan akan terus berkuasa walaupun BN diketepikan pada PRU nanti.

"Siapa parti pembangkang terbesar jika BN ditumbangkan? Umno. Adakah Umno akan menyerahkan kuasanya dengan mudah? Tidak. Mereka akan bekerjasama dengan sebarang parti Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk membentuk kerajaan.

"HARAPAN bukan gabungan politik tetapi hanya kerjasama yang dibuat untuk keperluan masing-masing saja," katanya.

Kedudukan parti pembangkang yang bertanding menggunakan lambang sendiri menunjukkan mereka bersedia membentuk kerajaan dengan sesiapa saja.

"Sebaik saja asas ekonomi runtuh, ekonomi negara akan runtuh dan kemelesetan akan melanda. Ia tentu sukar untuk dipulihkan," katanya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS