Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Taktik baru along guna wanita seksi kutip hutang
Diterbitkan:  Jan 24, 2017 12:36 PM
Dikemaskini: 4:39 AM

Selepas sekian lama dikaitkan dengan imej bengis dan keras, along kini dilaporkan menggunakan pendekatan baru bagi mengutip hutang.

Memetik ketua Jabatan Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA Michael Chong, New Straits Times melaporkan mereka menggunakan wanita seksi sebagai pemungut hutang.

Katanya, taktik “genius” itu muncul tiga tahun lalu itu dan pihaknya telah menerima kira-kira 30 aduan daripada penghutang.

“Apa kawan-kawan atau pekerja-pekerja kamu fikir bila mereka lihat wanita muda pakai skirt tunggu di pejabat atau di kaunter untuk berjumpa kamu?

“Itu sungguh memalukan, walaupun sebelum mereka kata daripada agensi pengutip hutang.

“Jika mereka tidak perkenal diri, itu lebih teruk, along akan hantar wanita berbeza setiap hari, semua orang akan fikir peminjam ada skandal luar perkahwinan dengan seorang atau lebih wanita,” kata Chong.

Taktik itu bagaimanapun katanya berkesan kerana peminjam akan segera melangsaikan hutang bagi menjaga air muka masing-masing.

Lihat Komen
ADS