Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Oleh kerana tidak tahan dihambur kata-kata kesat oleh adik perempuanya, seorang remaja lelaki dilapor bertindak menikam adiknya itu di rumah mereka di Batu 49, Kampung Chepir, Sik.

Kejadian berlaku pada pukul 5.30 pagi tadi antara si abang yang berumur 15 tahun dan adiknya yang berumur 14 tahun.

"Ketika itu mangsa sedang tidur di dalam bilik seorang diri apabila bapanya mendengar jeritan anaknya itu.

"Bapa tersebut yang pergi melihat anaknya mendapati anaknya berdarah pada rusuk kiri dan sedang mengerang kesakitan," kata Ketua Polis Daerah Sik, DSP Mohd Ismail Ibrahim ketika dihubungi.

Remaja itu kemudia dibawa ke Hospital Sik sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar.

Bapanya turut membuat laporan polis.

"Suspek juga didapati membalut hulu pisau yang digunakan untuk menikam adiknya dengan tuala kecil," kata Ismail.

Suspek dipercayai melarikan diri selepas kejadian itu dan pihak polis yang menjejakinya kemudian menemukannya semula di rumah tersebut, bersama pisau yang digunakannya.

Beliau berkata suspek sedang direman untuk disiasat kerana sengaja menyebabkan kecederaan.

Punca kejadian sedang disiasat dan suspek juga didapati positif syabu, katanya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS