Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rafizi: Mengapa Tabung Haji tak jual saham Perisai lebih awal?
Diterbitkan:  Jan 24, 2017 4:20 PM
Dikemaskini: 8:23 AM

Ahli parlimen PKR Rafizi Ramli ingin penjelasan mengapa Lembaga Tabung Haji tidak lebih awal melupuskan sahamnya dalam syarikat minyak, Perisai Petroleum Teknologi Berhad (Perisai) sebelum ini.

Rafizi, dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini, berkata Tabung Haji tidak sepatutnya menunggu untuk melupuskan saham, berdasarkan harga saham Perisai yang telah terus menjunam sejak awal 2015.

Tabung Haji mula mengumpul saham dalam Perisai antara Oktober 2014 dan Disember tahun yang sama pada purata 83 sen sesaham.

Rafizi mendakwa bahawa Tabung Haji, pada 28 Disember tahun lalu, menjual 8.8 juta saham dalam Perisai sebelum melupuskan lagi 10.3 juta saham dalam syarikat itu sehari kemudian.

Bagaimanapun, ketika itu, saham yang dilupuskan adalah sekitar 5 sen sesaham, yang bermakna bahawa Tabung Haji mengalami kerugian sebanyak 78 sen sesaham atau RM15 juta.

Rafizi berkata, Tabung Haji hanya mula menjual sebahagian besar sahamnya selepas Perisai menghadapi pelbagai masalah kewangan.

Memetik laporan berita berhubung dengan Perisai, Rafizi berkata pemegang bon dilaporkan menolak permohonan Perisai untuk menangguhkan pembayaran hutang sebanyak RM377 juta.

Perisai kemudiannya diklasifikasikan sebagai syarikat Nota Amalan 17 (PN 17). Walaupun masih tersenarai dengan Bursa Malaysia, syarikat PN17 biasanya adalah mereka yang menghadapi masalah kewangan.

Syarikat di bawah kategori ini perlu mengemukakan cadangan kepada pihak berkuasa untuk kelulusan penyusunan semula dan pemulihan syarikat demi mengekalkan status penyenaraian.

Sementara itu, Rafizi percaya bahawa baki kira-kira 60 juta saham Perisai mungkin telah dilupuskan, tanpa ini sebarang makluman kepada Bursa Malaysia.

"Pada 5 sen sesaham, kerugian yang tidak dilaporkan adalah sekitar RM47 juta.

"Jadi daripada pelaburan ini sahaja, Tabung Haji telah kehilangan RM64 juta daripada pelaburan awal sebanyak RM66.3 juta," kata Rafizi, merujuk kepada harga saham semasa.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS