Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pemilik, pengasuh dibebaskan dengan jaminan polis
Diterbitkan:  Jan 24, 2017 5:13 PM
Dikemaskini: 9:14 AM

Pemilik serta tiga pengasuh taman asuhan kanak-kanak (taska) di Bangi yang ditahan berhubung kes tiga kanak-kanak yang diikat dan dipercayai didera, dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Othman Nanyan berkata, keempat-empat wanita berusia berusia antara 24 dan 46 tahun yang ditahan sejak Jumaat lepas direman selama empat hari bagi membantu siasatan.

“Kertas siasatan telah dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya dan pihak polis sedang menunggu arahan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Gambar kanak-kanak berkenaan yang diikat kaki dan tangan selain mulut mereka ditutup tersebar di laman sosial sejak Khamis lepas.

Semalam, Othman berkata taska terbabit didapati beroperasi tanpa lesen dan polis juga telah merakam percakapan lapan individu termasuk ibu bapa kanak-kanak terbabit.

- Bernama

Lihat Komen
ADS