Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mahkamah diberitahu SPR tak guna daftar pemilih terkini
Diterbitkan:  Jan 24, 2017 7:10 PM
Dikemaskini: 11:11 AM

Kerajaan Selangor hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menggunakan senarai pemilih terkini dalam cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya.

Peguam kanan dan bekas presiden Majlis Peguam Cyrus Das berkata, senarai pemilih tambahan telah diwartakan pada Julai 2016 tetapi SPR menggunakan senarai pemilih daripada suku terakhir 2015.

“Ia tidak boleh mengetepikan senarai pemilih tambahan,” katanya.

Cyrus berkata SPR hanya mencadangkan persempadanan semula pada September 2016.

Cyrus dan seorang lagi bekas presiden Majlis Peguam Datuk S Ambiga mewakili kerajaan Selangor. Seorang lagi peguam ialah Derek Fernandez.

Kes itu diadili oleh Pesuruhjaya Kehakiman Azizul Azmi Adnan.

SPR diwakili oleh hakim kanan persekutuan Amarjeet Singh, Suzana Atan dan Azizan Md Arshad.

Sebelum ini, dalam dokumen mahkamah, kerajaan Selangor berhujah, cadangan persempadanan semula SPR tidak sah kerana menggunakan daftar pemilih tidak tepat dan tidak lengkap.

Pendengaran kes itu akan bersambung pada 7 Februari ini.

Dalam sesi sebelum ini, mahkamah diberitahu bahawa Selangor adalah negeri yang paling teruk terjejas dengan cadangan SPR itu.

Kerajaan negeri memohon mahkamah mengisytiharkan notis persempadanan semula, cadangan-cadangannya dan daftar pemilih digunakan sebagai tidak sah dan terbatal.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS