Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Trump dijangka sekat penghijrah dari Syria dan 6 negara Islam

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dijangka menandatangani beberapa perintah eksekutif hari ini untuk menyekat penghijrahan dari Syria dan enam lagi negara Timur Tengah atau Afrika, demikian menurut berapa pembantu kongres dan pakar imigresen yang diberi taklimat mengenainya.

Selain Syria, perintah Trump itu dijangka menyekat sementara akses ke Amerika Syarikat bagi kebanyakan pelarian. Satu lagi perintah akan menyekat visa dikeluarkan kepada mereka dari Iraq, Iran, Libya, Somalia, Sudan dan Yaman, kata pembantu dan para pakar, yang tidak mahu dikenalpasti.

Sekatan ke atas pelarian mungkin termasuk larangan multi-bulan kemasukan dari semua negara sehingga Jabatan Negeri dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri boleh membuat proses tapisan yang lebih ketat.

Stephen Legomsky, bekas ketua peguam di Perkhidmatan Imigresen dan kewarganegaraan dalam pentadbiran Obama, berkata presiden mempunyai kuasa untuk menghadkan kemasukan pelarian dan pengeluaran visa ke negara-negara tertentu jika ia bertekad untuk menjaga kepentingan orang ramai.

"Dari segi undang-undang, ia adalah dalam lingkungan hak perundangan beliau," kata Legomsky, yang kini  seorang profesor di fakulti undang-undang di Universiti Washington di St Louis.

"Tetapi dari sudut dasar, ia adalah satu idea yang buruk kerana kini terdapat keperluan kemanusiaan yang mendesak bagi pelarian," tambahnya.

Presiden dari parti Republikan itu dijangka menandatangani perintah tersebut di ibu pejabat Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, yang bertanggungjawab termasuk dalam hal imigresen dan keselamatan sempadan.

Semasa berkempen, Trump pada mulanya mencadangkan satu larangan sementara ke atas umat Islam memasuki Amerika Syarikat, yang menurutnya akan melindungi rakyat Amerika daripada serangan jihad.

Ramai penyokong Trump mengecam keputusan bekas Presiden Barack Obama untuk meningkatkan jumlah pelarian Syria diterima masuk ke Amerika Syarikat kerana bimbang mereka yang melarikan diri dari perang saudara itu, akan melancarkan serangan.

Kedua-dua Trump dan penamanya bagi jawatan Peguam Negara, Senator US Jeff Sessions, sejak itu berkata mereka akan memberi tumpuan sekatan ke atas negara-negara yang penghijrahnya boleh menimbulkan ancaman, dan tidak lagi mengenakan larangan mengikuti agama tertentu.

Pengkritik boleh melancarkan cabaran undang-undang terhadap langkah tersebut jika semua negara tertakluk terhadap larangan itu adalah negara-negara majoriti Islam, kata pakar imigresen Hiroshi Motomura dari fakulti undang-undang UCLA.

Hujah perundangan boleh mendakwa bahawa perintah eksekutif itu mendiskriminasi agama tertentu, yang mana tidak mengikut perlembagaan, katanya.

"Kenyataan beliau semasa kempen dan beberapa orang dalam pasukan beliau terlalu memberi tumpuan terhadap agama sebagai sasaran," kata Motomura.

Untuk menghalang kemasukan dari negara-negara yang ditetapkan, Trump mungkin mengarahkan Jabatan Negara berhenti mengeluarkan visa kepada mereka dari negara-negara berkenaan, kata sumber-sumber yang biasa dengan proses pengeluaran visa.

Trump juga boleh mengarahkan Kastam dan Perlindungan Sempadan untuk menghalang pemegang visa semasa dari negara-negara terbabit, memasuki Amerika Syarikat.

[Baca berita penuh]

- Reuters

Lihat Komen
ADS