Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PKR persoal PM 'menyepi' pada sekatan Trump
Diterbitkan:  Jan 31, 2017 12:27 PM
Dikemaskini: 6:55 AM

PKR menyelar perdana menteri kerana masih tidak bersuara terhadap sekatan sementara Amerika Syarikat (AS) terhadap rakyat tujuh negara majoriti Muslim daripada masuk ke negara itu.

Timbalan presidennya Datuk Seri Azmin Ali membidas Datuk Seri Najib Razak kerana pantas mengucapkan tahniah atas kemenangan Donald Trump tetapi menyepi terhadap arahan Jumaat lalu itu.

“Diam perdana menteri Najib berkaitan perkara itu mendedahkan kedudukannya dengan mengambil kita bagaimana beliau memuji kejayaan Trump ke jawatan itu dan berikrar untuk bekerjasama lebih rapat dengan pentadbiran baru,” kata Azmin.

Azmin juga membangkitkan sama ada perkara itu mempunyai kaitan dengan siasatan Jabatan kehakiman (DOJ), AS terhadap aliran dana 1MDB yang sedang berlangsung.

Najib dilaporkan antara rakan golf Trump. Beliau malah menyimpan gambar bersama presiden AS itu di pejabatnya dengan tendangan Trump dan bertulis “buat PM kegemaranku”.

Trump Jumaat lalu melaksanakan sekatan kemasukan 90 hari terhadap rakyat Iraq, Iran, Somalia, Syria, Libya dan Sudan untuk membendung “keganasan Islamis radkal” dan menggantung program pelarian selama 120 hari.

Langkah itu mengundang bantahan awam, termasuk demonstrasi di lapangan-lapangan tebang AS.

Dalam kenyataan hari ini, Azmin yang juga menteri besar Selangor turut menyifatkan langkah Trump itu bersifat perkauman.

Sementara itu, Anggota Parlimen Kuala Terengganu Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad turut mempersoalkan tindakan kerajaan yang masih 'membisu' tentang sekatan yang dilakukan Trump.

Dalam sidang media yang dibuat hari ini di Wisma AMANAH, Raja Kamarul berkata, beliau hairan dengan kerajaan yang masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berbanding negara bukan Islam lain yang telah mula mengecam tindakan presiden AS berkenaan.

Malah, beliau juga mempertikaikan tindakan PAS yang turut berdiam diri dalam isu berkenaan.

"Kalau negara bukan Islam boleh bertindak, kenapa Malaysia masih lagi membisu?

"Saya rasa PAS juga menyepi dalam isu ini. Di manakah Malaysia pada hari ini? Kenapa kira jauh ketinggalan dalam isu ini?," katanya.

[Baca laporan asal]

Lihat Komen
ADS