Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Najib: Beri peluang Annuar bersihkan nama
Diterbitkan:  Feb 1, 2017 7:33 PM
Dikemaskini: 11:43 AM

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak meminta semua pihak memberikan peluang kepada ketua penerangan parti itu Tan Sri Annuar Musa untuk membersihkan namanya daripada tuduhan salah guna kuasa.

Najib yang juga perdana menteri dilapor meminta orang ramai tidak membuat apa-apa tafsiran atau anggapan sehinggalah proses siasatan selesai.

"Beliau sanggup disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), bagi diri beliau peluang untuk bersihkan nama daripada sebarang tuduhan,” beliau dipetik sebagai berkata.

Sementara itu, Najib juga berkata kedudukan Annuar sebagai ketua penerangan Umno setakat ini tidak berubah.

Najib berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya mengenai kedudukan Annuar dalam Umno susulan disiasat SPRM, selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara di Pekan, hari ini.

Annuar berdepan siasatan salah guna kuasa berkaitan penajaan agensi bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk pasukan bola sepak Kelantan.

MARA semalam dalam mesyuarat khas di ibu pejabatnya di Kuala Lumpur menggantung tugasnya sebagai pengerusi agensi itu dan pengerusi Pelaburan Mara Bhd (PMB) berkuat kuasa serta-merta.

Lihat Komen
ADS