Rumah mampu milik PP - HARAPAN 20,887, PR1MA sifar

       

Dasar kerajaan Pulau Pinang telah membenarkan sejumlah 20,887 unit rumah mampu milik untuk dibina sejak tahun dengan 2008 dengan 65,796 unit lagi akan dibina dalam masa 10 hingga 15 tahun akan datang.

Exco kerajaan negeri yang bertanggungjawab bagi perumahan, Jagdeep Singh Deo berkata, sebaliknya, tiada satu unit rumah mampu milik di bawah skim perumahan PR1MA dan PPA1M oleh Putrajaya telah dibina di negeri berkenaan.

Jelas beliau, permohonan untuk skim perumahan PR1MA hanya dibuka pada tahun 2015 dan kelulusan ke atasnya tidak dapat diberikan ekoran beberapa isu-isu pematuhan yang gagal untuk dipenuhi.

"Penyediaan perumahan mampu milik oleh kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) menjelaskan segalanya.

"Bilangan unit kos rendah dan sederhana rendah dibina semasa pemerintahan BN (2000-2007) adalah sebanyak 5,124 unit sahaja," kata Jagdeep semasa sidang akhbar hari ini.

Beliau mengulas dakwaan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mahu meletakkan Pulau Pinang sebagai jajahan Wilayah Persekutuan bagi membina lebih banyak rumah mampu milik dan menyediakan layanan lebih baik kepada masyarakat Melayu di negeri tersebut.

Melayu paling banyak terima manfaat

Kata Jagdeep, masyarakat Melayu tidak ketinggalan dalam skim rumah mampu milik di negeri tersebut kerana 'hampir separuh' daripada unit berkenaan telah diperuntukkan kepada orang Melayu.

Beliau berkata, seramai 5,686 Melayu, 3,029 Cina, 872 India dan 36 yang lain-lain mendapat rumah kos rendah sementara 2,188 Melayu, 3,498 Cina, 550 India dan 30 yang lain-lain memperolehi rumah kos sederhana rendah.

[Baca berita penuh]

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Malaysiakini
terkini untuk anda