Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
PERKASA sokong tubuh RCI siasat BMF, 1MDB
Diterbitkan:  Feb 8, 2017 12:09 PM
Dikemaskini: 4:35 AM

Naib Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Mohamad Shahiran Safwan Che Mohd. Asemari menyambut baik cadangan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu rasuah di negara ini.

Jelas beliau yang juga pengerusi Biro Integriti dan Anti Rasuah PERKASA, ia termasuk dakwaan skandal Bumiputra Malaysia Finance Malaysia Ltd. (BMF), 1MDB, SRC International dan pembalakan haram selain yang melibatkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan agensi kerajaan.

"Ini kerana Wira PERKASA berpendapat kewujudan RCI akan menghentikan isu berbangkit pada muktahir ini.

"Selain itu, dengan adanya suruhanjaya ini akan dapat membersihkan nama-nama yang terpalit dengan isu rasuah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut baik cadangan untuk menubuhkan RCI berhubung isu skandal BMF dan dagangan tukaran wang asing (forex).

"Mereka dialu-alukan untuk berbuat demikian (menubuhkan RCI) tetapi kami mahu perkara sama terhadap wang komisen RM2.6 bilion yang masuk ke akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan juga apa yang berlaku terhadap 1MDB," katanya Dr Mahathir.

Mengulas lanjut, Mohamad Shahiran Safwan berkata, pihaknya juga mencadangkan laporan suruhanjaya itu dihebahkan kepada orang ramai agar semua pihak berpuas hati.

"Hasil siasatan oleh badan bebas ini diuar-uarkan kepada orang ramai supaya semua pihak berpuas hati dan tidak membuat andaian yang menyebabkan kekusutan minda rakyat.

"Ini kerana rakyat bertangungjawab untuk memastikan tadbir urus negara tiada unsur rasuah dan penyalah gunaan kuasa," tambah beliau.

Wira PERKASA, ujarnya, akan menyokong apa jua usaha ke arah pencapaian matlamat iaitu membasmi rasuah dan pecah amanah di Malaysia.

"Kami, Wira PERKASA memandang serius isu rasuah kerana perkara ini sudah menjadi barah pada masyarakat sekarang ini.

"Kami mengajak seluruh rakyat tanpa mengira ideologi politik menentang rasuah dan tidak boleh abaikan kebimbangan yang di zahirkan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah mengenai gejala rasuah dan pecah amanah yang berlaku secara terbuka oleh golongan berjawatan dan berpendidikan tinggi," katanya lagi.

Lihat Komen
ADS