Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Najib: Biarlah nak kata apa, k'jaan terus tabur budi
Diterbitkan:  Feb 10, 2017 4:27 PM
Dikemaskini: 8:40 AM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kritikan tidak akan menghalang kerajaan daripada terus berkhidmat kepada rakyat.

Sambil menggesa rakyat Malaysia menghayati kemerdekaan yang dikecapi sejak enam dekad lalu, Najib mengingatkan bahawa seseorang 'tidak akan menghargai sesuatu sehingga kehilangannya'.

"Biarlah mereka nak kata apa pun, kerajaan hari ini tetap terus menabur bakti. Biarlah mereka nak kata apa pun, segala khidmat tetap diteruskan.

"MRT, LRT, Pengerang, KL118, Jambatan Pulau Pinang Kedua, Lebuhraya Pan Borneo, KLIA2, Kota Iskandar, Lebuhraya Pantai Timur 3, Rumah PR1MA, Perumahan Rakyat, Klinik 1Malaysia, subsidi pendidikan, subsidi perubatan, Teraju, Tekun, BR1M, SL1M, UTC, RTC, 1Azam, eRezeki, Dana Mudahcara, dan pelbagai bantuan diberikan kepada rakyat.

"Semuanya bagi meningkatkan taraf hidup rakyat. Semuanya demi negaraku yang tercinta," katanya dalam catatan di blog hari ini.

Selain itu, Najib berkata dalam bidang sukan, prestasi Malaysia di peringkat Olimpik adalah yang terbaik dalam sejarah.

"Kita mempunyai bakat seni dan ahli sukan antara terbaik di arena antarabangsa. Keindahan negaraku terkenal di mata dunia, dilawati berjuta manusia," tambahnya.

Perdana menteri berkata wakil rakyat bertungkus lumus menjalankan kerja pembangunan termasuk membina sekolah, hospital, membaiki kemudahan awam dan sebagainya demi  kemakmuran.

"Anasir-anasir negatif dalam dan luar negara boleh terus menghasut namun mereka tidak mampu menafikan kejayaan-kejayaan negaraku ini dan pembangunan yang telah berlaku di depan mata.

"Tahun ini tahun negaraku, tahun kita mensyukuri kemakmuran dan terus membangunkan negaraku," kata Najib.

Lihat Komen
ADS