Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ibrahim Ali saran Kelantan bina hutan Disneyland

Di sebalik sokongan terhadap PAS yang membawa usul bagi memperkasakan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355, pertubuhan pendesak Melayu kesal dengan tindakan kerajaan negeri Kelantan pimpinan parti itu dalam isu pembalakan di Gua Musang.

Presiden NGO itu, Datuk Ibrahim Ali berkata, tanpa merujuk sebarang pemimpin PAS, beliau kesal dengan layanan yang diberikan ke atas masyarat Orang Asli di negeri itu.

“Mengenai RUU355, yang dibawa oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan isu kerakusan dan kezaliman di Gua Musang di mana kerajaan Kelantan bawah pentadbiran PAS. PERKASA menyokong isu RUU355 dan menentang isu balak.

“Dalam hal ini kita beri sokongan isu RUU355 sokong atas dasar prinsip (Melayu Islam).

“Parti PAS nama baguslah nama Islam tapi pemimpin bangang dan bodoh hanya tahu potong balak,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PERKASA hari ini.

Menurut Ibrahim, kerajaan negeri Kelantan seharusnya mencontohi Thailand yang tidak mengamalkan penebangan hutan bagi mencari pendapatan negara.

Sebaliknya, mereka berusaha cara lain bagi mendapatkan sumber kewangan.

Sebagai contoh, kata Ibrahim, kerajaan negeri boleh memajukan pelancongan bagi mendapatkan sumber pendapatan namun, beliau kesal sehingga hari ini ia tidak berlaku.

“Kalau di Singapura ada Sentosa Island kita boleh buat Universal Studio.

“Di Kelantan boleh buat Disneyland berkonsepkan tradisi kerana kita ada hutan. Boleh main ‘tarzan’, boleh hayun jatuh dalam paya.

“Di Kelantan kita ada budaya dan makanan. Jika diusahakan Kelantan akan kaya dengan aktiviti dan tingkatkan ekonomi tapi malangnya kita ada pemimpin yang bodoh,” katanya dengan nada kesal.

Menurutnya, PAS hanya tahu mempolitikkan dan ‘mengagamakan’ sesuatu perkara contohnya seperti isu nama Pantai Cahaya Bulan.

“Pantai Cinta Berahi dulu bagi PAS bunyinya sangat seksis dan dengar macam maksiat jadi PAS tukar jadi pantai cahaya bulan.

“Tapi tengoklah apa apa jadi banyak sampah. Jadi saya tukar nama baru Pantai Cacat Betul.

“Kalau PAS bodoh sangat tanya saya, saya bantu. Saya anak Kelantan saya boleh bagi servis percuma kalau tak sombong,” katanya.

Lihat Komen
ADS