Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis lulus Himpunan Akta 355
Diterbitkan:  Feb 15, 2017 4:53 PM
Dikemaskini: 8:58 AM

Polis memberi kelulusan kepada pihak penganjur Perhimpunan RUU355 untuk mengadakan perhimpunan aman di Padang Merbok, Sabtu ini bermula 3 petang hingga 12 tengah malam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohd Sukri Kaman berkata, penganjur dan peserta perhimpunan perlu mematuhi peraturan Akta Perhimpunan Aman 2012.

Pada hari itu, Dataran Merdeka dan sebahagian Jalan Parlimen pula akan ditutup mulai 8 pagi hingga 12 tengah malam, katanya dalam kenyataan media hari ini.

Pada 24 November​ lepas, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membawa usul Rang Undang-Undang Persendirian iaitu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat.

 

​-Bernama​

Lihat Komen
ADS