Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Yayasan anak yatim ancam saman bekas setpol PM
Diterbitkan:  Feb 19, 2017 8:57 PM
Dikemaskini: 2:56 PM

Yayasan Pembangunan Anak Yatim dan Miskin (Pemangkin) mengancam untuk memfailkan tuntutan mahkamah kedua terhadap bekas setiausaha politik perdana menteri, Datuk Shahlan Ismail dan Pengarah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim), Datuk Abibullah Samsudin.

Ia ekoran kedua-duanya didakwa mengeluarkan kenyataan 'mengelirukan' terhadap pengasas yayasan itu.

Pada minggu lalu, pengasas Pemangkin memfailkan saman fitnah terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Yapeim dan enam yang lain berhubung dakwaan salah laku pengurusan dana Pemangkin.

Shahlan dan Abibullah turut dinamakan dalam tuntutan mahkamah berkenaan.

Dalam kenyataan hari ini, Pengasas bersama Pemangkin, Mohd Yusoff A Bakar berkata, Shahlan dan Abibullah mempunyai sehingga 48 jam untuk menarik balik kenyataan mengenai tuntutan mahkamah yang belum selesai terhadap pengasas yayasan itu.

Mohd Yusoff juga menamakan pengguna media sosial - Zamzuri Mohamed Tahir dan Aznil Hashim - juga mempunyai 48 jam untuk menarik balik kenyataan fitnah itu.

"Kenyataan mereka menunjukkan pengasas Pemangkin adalah bersalah melakukan pecah amanah dan mempunyai niat jahat," katanya.

Beliau juga mengingatkan para pengguna media sosial bahawa Pemangkin tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kenyataan fitnah yang dibuat secara online.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS