Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Jong-nam diserang cuma beberapa saat
Diterbitkan:  Feb 20, 2017 8:43 AM
Dikemaskini: 1:05 AM

Aksi pembunuhan Kim Jong-nam mungkin hanya mengambil masa beberapa saat jika dilihat kepada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian.

Berdasarkan rakaman CCTV yang disiarkan oleh stesen televisyen Jepun, Fuji TV, seorang wanita dilihat meletakkan sesuatu pada seorang lelaki berbadan gempal yang didakwa sebagai Jong-nam.

Wanita terbabit meletakkan sesuatu pada abang tiri pemimpin tertinggi Korea Utara itu dari belakang berhampiran kios daftar masuk layan diri di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (KLIA2).

Sejurus selepas itu wanita - yang dilihat berpakaian sama seperti gambar rakaman CCTV yang tersebar sebelum ini - meninggalkan kawasan berkenaan dengan bersahaja.


Detik-detik Jong-nam diserang sebelum mati oleh kinitv

Dia memakain baju lengan panjang berwarna putih dalam rakaman yang kabur itu.

Ia juga memperlihatkan ada satu lagi individu menghampiri Jong-nam sebelum serangan berlaku namun sukar untuk dipastikan sama ada dia terlibat atau tidak dalam insiden berkenaan.

Dia bagaimanapun kelihatan meninggalkan Jong-nam tidak lama kemudian.

Wanita berbaju putih itu dipercayai suspek yang sudah ditahan polis dan memiliki pasport Vietnam, manakala individu kedua itu pula adalah wanita yang memiliki pasport Indonesia.

Laporan mendakwa kedua-dua wanita terbabit menyangka mereka cuma terlibat dalam rakaman video gurauan.

Jong-nam kemudian kelihatan berjalan mendekati kakitangan KLIA2 serta annggota polis dan berkata sesuatu, dipercayai menceritakan apa yang terjadi kepadanya.

Lelaki berusia 46 tahun itu kemudian dibawa ke klinik.

Polis menyatakan Jong-nam meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya dan hasil bedah siasat belum diketahui.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS