Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Keputusan bedah siasat mungkin siap Rabu ini
Diterbitkan:  Feb 20, 2017 1:24 PM
Dikemaskini: 5:35 AM

Keputusan bedah siasat abang tiri pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, yang mati dibunuh minggu lalu di Kuala Lumpur, mungkin didedah seawal Rabu ini, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam, hari ini.

"Kita bercakap mengenai tempoh masa biasa untuk melengkapkan laporan dan memberikan keputusannya, jadi atas dasar ini, ya," katanya kepada pemberita sapabila disoal bila keputusan akan diumumkan.

Sebelum ini, pihak berkuasa Malaysia meminta waris terdekat mangsa, Kim Jong-nam untuk tampil dalam masa dua minggu untuk membantu siasatan.

Korea Utara dilaporkan membantah tindakan Malaysia menjalankan bedah siasat ke atas mangsa dan mahu mayat itu diserahkan terus kepada mereka.

Kim Jong-nam dipercayai diracun di Lapangan Terbang Antrabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) Isnin lalu, dan polis setakat ini, berjaya menahan empat orang suspek termasuk dua wanita.

- Reuters

Lihat Komen
ADS