Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Anwar: Langkah Kajang macam penyingkiran Mukhriz
Diterbitkan:  Feb 20, 2017 5:15 PM
Dikemaskini: 9:46 AM

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyamakan penyingkiran Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar Kedah dengan “Langkah Kajang” pada 2014.

Beliau berkata demikian ketika disoal balas oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bagi pihak Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Anwar mengakui Langkah Kajang bertujuan menjadikan beliau menteri besar Selangor, yang diusahakan PKR dengan menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Anwar berkata, keputusan dibuat bahawa seseorang pemimpin kanan patut menggantikan Khalid dan langkah itu termasuk menggantikan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lee Chin Cheh.

Shafee: Niat awalnya untuk letakkan kami sebagai calon, tetapi ini tidak berlaku?

Anwar: Ya, tidak berlaku.

Shafee: Akhirnya, calon lain diletakkan?

Anwar: Ya, kami putuskan seorang yang kanan daripada beliau (Lee), iaitu Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang kami lihat Khalid juga turun berkempen.

Shafee: Kami setuju dalam Langkah Kajang, Khalid baut kenyataan tidak setuju dengan langkah itu?

Anwar: Sudah tentu, kerana dia tidak mahu lepaskan jawatan itu.

Shafee juga bertanya sama ada Khalid tersinggung kerana merasakan dikhianati oleh partinya.,

“Ada perbezaan pandangan berkaitan pengurusan. Saya seorang pemimpin yang bertanggungjawab.

“Ia berlaku di mana-mana, malah di Pahang dan juga Kedah, yang melibatkan (Datuk Seri) Mukhriz (Mahathir).

"Perubahan ini juga melibatkan kepimpinan Umno,” katanya.

Mukhriz disingkirkan tahun lalu selepas bapa beliau Mahathir Mohamad melancarkan serangan keras dan bertubi-tubi terhadap Datuk Seri Najib Razak, terutamanya dalam isu 1MDB dan dana RM2.6 bilion.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS